Saturday, November 22, 2008

KUNJUNGAN HORMAT

Dear All,

Salam..

Untuk makluman pelajar semua. saya telah dikunjungi oleh Saudari Siti Azmah Binti Ab.Manaf dan Saudari Asdayanti Binti Md.Daud pada 19 Novermber 2008 yang lalu. Sudah pasti kunjungan itu sebagai tanda perkenalan dan budaya timur seorang anak murid terhadap gurunya...tunjuk muka nak bagi penyelia kenal. Satu langkah yang amat baik...Apa dah jadi dengan Saudari Noor Shuhaida Binti Ishak dan Saudara Mohd Hafiz Bin Zahari. Di mana kamu berdua berada sekarang ini? Kalau tak dapat tunjuk muka, kirim salam pun dah ok...Bukan apa, takut nanti saya terlupa yang anda berdua dibawah penyeliaan saya. Apa pun jangan bimbang, jadikan laman blog ini untuk berbincang.

Hasil kunjungan sahabat2 anda itu, maka telah diputuskan bahawa:

1. janganla terlalu memikirkan tajuk laporan yang akan disediakan. Jalani dahulu latihan praktikum itu dan cuba kenalpasti isu-isu yang boleh dibincangkan. Tapi AWAS, jangan cuba menjadi HERO or SUPERHERO untuk menyelesaikan masalah DUNIA. Ala kadar, dan Ukur Baju Di Badan Sendiri. Takut nanti, Kaki Tak Memijak Bumi Tangan Pula Tak Menggapai Langit. Moralnya, laporan perlu diadun dan disiapkan mengikut prinsip akademik yang telah dimaklumkan ketika sesi pembentangan berkaitan latihan praktikum tempoh hari.

2. isu dan tajuk yang dicadangkan perlu mendapat KELULUSAN saya terlebih dahulu. Maknanya, cepat2 berfikir dan bertindak. Jangan dibuai mimpi2 indah ketika mula menjalani latihan praktikum. Ingat anda semua ada tugasan lain yang perlu diselesaikan. Aduhai, kasihan anda semua. Tapi apa boleh buat..Ini adalah Cubaan....Tapi Betul-Betul... dalam mengejar segulung ijazah untuk membina masa depan yang cemerlang. Jangan mudah mengalah wahai pelajarku sekelian...

3. tarikh penghantaran laporan praktikum yang lengkap ialah 2 minggu sebelum berakhirnya tempoh latihan anda. INGAT....2 MINGGU sebelum berakhir tempoh latihan anda semua...

So, please take necessary action to find out the best issue for your report. If there is any problems, please do not hesitate to contact me.

Best Regads,
MSK